Bisnes Makeover,
17:52

Ep165. Nasi Pedaih: Air Tangan Seorang Isteri

11 Jul 2019

Ep 165. Nasi Pedaih: Air Tangan Seorang Isteri

Dalam episod Bicara Makeover kali ini, Nana Mahazan menemubual Encik Mohd Nor Asyraf, pemilik kepada Nasi Pedaih. Nasi Pedaih yang masih baru dalam dunia perniagaan makanan dan servis ini bertempat di Damansara Damai. Menu yang ditawarkan oleh Nasi Pedaih sangat mudah ini mendapat perhatian ramai pelanggan. Asyraff yang masih bekerja melakukan perniagaan Nasi Pedaih sebagai kerja sambilan untuk menambahkan pendapatan. Idea Nasi Pedaih adalah idea daripada isteri Asyraff, Ain.

Isi Utama

Walaupun Nasi Pedaih masih baru dalam dunia perniagaan makanan dan servis, namun Nasi Pedaih mendapat permintaan yang tinggi daripada pelanggan. Nasi Pedaih dimulakan dengan penghantaran kepada kawan-kawan dan sanak saudara, kini mendapat tempat di hati dan perut masyarakat. Nasi Pedaih memulakan perniagaan dengan hanya bermodalkan sebanyak RM50 dan mengeluarkan sebanyak 20 bekas makanan. Menurut Encik Asyraf yang masih bekerja sebagai graphic designer di sebuah syarikat, servis penghantaran dilakukan oleh Encik Asyraf seorang.

Fakta Menarik

Nasi Pedaih mempunyai dua cawangan yang berbeza iaitu di Pulau Pinang dan Sentul yang diuruskan oleh adik-beradik.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top