Bisnes Makeover,
09:37

Ep163. Tips Buat Usahawan Makanan dan Servis!

11 Jul 2019

Ep 163. Tips Buat Usahawan Makanan dan Servis!

Pada masa kini, ramai yang sibuk dengan pekerjaan sehingga lupa untuk membeli makanan atau malas untuk beratur membeli makanan. Namun kini, dengan adanya servis penghantaran makanan, pengguna tidak perlu lagi bersusah payah dan membuang masa untuk membeli makanan. Servis penghantaran makanan sangat sesuai untuk pelanggan yang sibuk. Dalam episod ini, Nana Mahazan membincangkan topik tentang usahawan makanan delivery service.

Isi Utama

Dalam perkongsian kali ini, Nana berkongsi tentang 6 cara untuk memulakan perniagaan delivery makanan dari rumah. Bagi suri rumah, perniagaan ini sangat sesuai untuk mereka menambahkan lagi pendapatan sekaligus mengisi masa kosong. Antara cara yang dikongsi oleh Nana ialah memperkenalkan diri dan perniagaan kepada caterer besar di kawasan rumah, mempromosikan perniagaan kepada orang sekeliling terutamanya kawan dan sanak saudara, mencipta satu loyalty program kepada pelanggan, mencipta menu yang sedap dan dan sesuai dengan sasaran, harga yang berpatutan, dan akhir sekali memenuhi citarasa pelanggan dan membina pelanggan. Setiap cara dijelaskan dengan lebih terperinci oleh Nana dan ia boleh dipraktikkan oleh usahawan baru.

Fakta Menarik

Foodpanda merupakan sebuah syarikat penghantaran makanan berskala besar yang pertama di Malaysia.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top