Bisnes Makeover,
43:18

Ep162. Tiga Sekawan Membina Empayar Penghantaran: Zoom

11 Jul 2019

Ep 162. Tiga Sekawan Membina Empayar Penghantaran: Zoom

Dalam episod ini, Nana Mahazan menemubual pengasas Zoom Delivery Service iaitu Encik Jeevan dan Encik Sean Lee, dua daripada tiga pengasas utama syarikat ini. Zoom Delivery Service menjalankan servis penghantarannya di Malaysia dan Indonesia. Zoom Delivery Service telah aktif sejak tiga tahun yang lepas di Malaysia, manakala di Indonesia pula mereka mula aktif sejak setahun yang lepas. Zoom Delivery Service dimulakan dengan 10 orang pekerja dan kini mempunyai 300 orang rider tetap.

Isi Utama

Encik Jeevan berkongsi cerita tentang cara mereka mendapatkan idea untuk menjalankan perniagaan servis penghantaran setelah 15 tahun berkecimpung dalam bidang korporat. Menurut Encik Jeevan, penghantaran servis dijadikan sebagai peluang untuk mereka memulakan perniagaan kerana sesetengah pelanggan mempunyai masalah yang sama iaitu penghantaran yang lambat menggunakan syarikat servis yang besar. Walaupun datang dari bidang yang berlainan, Encik Jeevan dan Encik Sean berkongsi tentang ilmu perniagaan. Ketiga-tiga pengasas ini mempunyai tugas masing-masing iaitu Encik Hafiz bertugas untuk berkomunikasi dan mengawal rider, Encik Sean bertugas untuk mempromosi perniagaan dan Encik Jeevan bertugas sebagai business guy untuk melihat dan merangka financial structure. Dalam masa tiga tahun, Encik Sean berkongsi cara mereka memperkembangkan perniagaan dari kosong sehingga mempunyai cawangan hingga ke Indonesia. Dalam isu persaingan, Encik Jeeva menjelaskan terdapat dua jenis persaingan; direct dan indirect persaingan dan menurut Encik Jeeva dan Encik Sean, mereka tidak melihat ia sebagai persainagan kerana terlalu banyak demand pada waktu sekarang. Encik Jeeva juga bercerita tentang perniagaan mereka di Indonesia yang sangat berbeza dari Malaysia.

Fakta Menarik

Zoom Delivery Service juga menawarkan servis freelance model iaitu kepada sesiapa yang membawa Grab untuk menghantar barang dibawah Zoom Delivery Service. Kini, Zoom Delivery Service mempunyai 5000 orang dalam freelance model: 2000 di Malaysia, dan 3000 di Indonesia.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top