Bicara Ekspres,
15:10

Ep162. Khaled – Kuasa Tagline dalam Berniaga

26 May 2019

Ep 162. Khaled – Kuasa Tagline dalam Berniaga

Masih lagi dengan topik kepentingan tagline, Bicara Ekspres pada minggu ini bersama-sama Khaled Awaluddin yang mengusahakan bisnes jenama Khaled yang menjual biskut tart nenas dan empat perisa Fantastic Four. Beliau berkongsi lebih lanjut mengenai perniagaan beliau serta keperluan menggunakan tagline dalam bisnes.

Isi Utama

Dengan tagline “Rasa yang tak dapat dilupakan”, Khaled berpendapat tagline adalah penting dan seharusnya digunakan dalam perniagaan pada masa kini. Beliau turut menghuraikan betapa pentingnya menyesuaikan tagline mengikut segmen dan demografi pelanggan yang disasarkan. Namun jenama perlu lebih kuat daripada tagline, kerana tagline yang terlalu kuat akan menenggelamkan jenama.

Fakta Menarik

Merupakan graduan daripada bidang seni kulinari dan bekerja dalam bidang perhotelan, Khaled mula mengusahakan bisnes dengan nama sendiri yang berfokus kepada perniagaan atas talian.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top