Bisnes Makeover,
30:49

Ep161. Matdespatch.com: Pilihan Usahawan Mikro

11 Jul 2019

Ep 161. Matdespatch.com: Pilihan Usahawan Mikro

Dalam episod Bicara Makeover kali ini, Nana Mahazan menemubual pengasas Matdespatch.com, Encik Haniff Wahid. Matdespatch.com ditubuhkan pada tahun 2015 untuk membantu usahawan mikro, kecil dan sederhana menghantar barang kemana-mana sahaja di Lembah Klang, seluruh Malaysia dan juga antarabangsa. Terdapat tiga lokasi utama yang diliputi Matdespatch.com iaitu Lembah Klang, Batu Pahat dan Pulau Pinang.

Isi Utama

Matdespatch bermula sebagai perniagaan servis penghantaran barang pada hari yang sama di sekitar Lembah Klang. Encik Haniff merupakan usahawan yang datang dari bidang teknologi berkongsi cara beliau mendapatkan ilmu perniagaan. Pada awalnya, Encik Haniff melakukan perniagaannya secara seorang diri, kini beliau mempunyai 5 orang partner dari bidang yang berlainan untuk memajukan Matdespatch.com. Dalam episod ini, Encik Haniff berkongsi modal yang digunakan olehnya untuk memulakan perniagaan dan cara beliau mengembangkan perniagaannya seperti strategi pemasaran yang dilakukan oleh Matdespatch.com. Encik Hanif juga berkongsi tentang kos operasi iaitu lebih kurang RM100,000. Encik Hanif berharapan untuk membantu usahawan mikro yang baru saja bertapak di dalam dunia perniagaan.

Fakta Menarik

Matdespatch.com kini mempunyai 20,000 rider yang berdaftar dan 2000 orang rider yang masih dalam latihan.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top