Bicara Ekspres,
19:18

Ep161. Ahmad Tamar dengan Tagline Berpandangan Jauh

26 May 2019

Ep 161. Ahmad Tamar dengan Tagline Berpandangan Jauh

Ikuti temubual Bicara Ekspres pada minggu ini bersama-sama dengan pengusaha serta CEO bagi syarikat Ahmad Tamar iaitu Syed Muhammad Hamdi yang menumpu perhatian kepada penjualan kurma yang turut mengaplikasikan tagline dalam bisnes beliau. Dengarkan pandangan lanjut beliau mengenai kepentingan tagline dalam perniagaan dalam episod ini.

Isi Utama

Tagline adalah sesuatu yang begitu penting Syed Muhammad Hamdi, bahkan perlu didalami bagi mendapatkan tagline yang benar-benar menusuk jiwa pelanggan. Beliau menggunakan AirAsia sebagai case study untuk mendemonstrasikan bagaimana tagline boleh membawa transformasi kepada pelanggan. Seterusnya beliau mengambil masa untuk menjelaskan sedikit sebanyak mengenai tagline bisnes beliau.

Fakta Menarik

Merupakan graduan dari Universiti Malaysia Sarawak, idea untuk mengusahakan Ahmad Tamar timbul ketika sedang belajar untuk menjual kurma, yakni sesuatu yang tidak dilakukan pelajar sebaya ketika itu. Bermula daripada dua karton sahaja, kini Ahmad Tamar telah memasuki tahun kedua operasi.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top