Bisnes Makeover,
38:06

Ep160. Penghantaran Fat Cat: Membantu Ummah

11 Jul 2019

Ep 160. Penghantaran Fat Cat: Membantu Ummah

Episod Tolong Makeover kali ini menjemput Eddie yang mengusahakan perniagaan servis penghantaran barang iaitu Fat Cat Delivery. Fat Cat Delivery telah aktif sejak tahun 2009 dan menawarkan pelbagai jenis penghantaran barang ke serata Semenanjung Malaysia. Bayaran yang dikenakan adalah melalui jarak: RM1.50 per km.

Isi Utama

Eddie yang telah berkecimpung dalam bidang servis penghantaran memulakan perniagaannya dengan menghantar dan mengambil penumpang ke tempat yang mereka ingin pergi. Yang menariknya, pada waktu itu, pada orang asnaf dan tidak berkemampuan, Eddie tidak mengenakan apa-apa bayaran. Dalam episod ini, Eddie berkongsi tentang bayaran yang dikenakan oleh beliau kepada pelanggan yang ingin menggunakan servis penghantarannya. Menurut Eddie, penghantaran yang paling jauh pernah dilakukan oleh beliau ialah di Kuala Perlis, Bukit Kayu Hitam dan Mersing. Perniagaan servis penghantaran ini hanya dilakukan oleh Eddie pada waktu hari biasa dan Eddie memberi peluang kepada sepupunya untuk melakukan penghantaran pada hari minggu. Eddie berkongsi cerita tentang awal perjalanannya yang hampir putus asa kerana sukar mendapat kepercayaan pelanggan dan juga cara beliau mendapat kepercayaan. Eddie juga berkongsi masalah yang dihadapi olehnya, antaranya kenaikan harga petrol, dan sikap pelanggan. Setiap masalah ada penyelesaian, dan Eddie berkongsi cara beliau mengatasi masalah ini.

Fakta Menarik

Fat Cat Delivery memulakan perniagaan servis penghantaran dengan hanya menggunakan sebuah kereta Myvi dan kini, Fat Cat Delivery mempunyai dua buah pengangkutan iaiitu Avanza dan sebuah van.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top