Bicara Ekspres,
24:33

Ep160. CQuen Enterprise – Tagline Ringkas untuk Semua

26 May 2019

Ep 160. CQuen Enterprise – Tagline Ringkas untuk Semua

Dengarkan podcast Bicara Ekspres pada minggu ini yang bersama-sama Cik Mazuin dari CQuen Enterprise bagi meneruskan topik tagline. Sebagai jemputan Bicara Ekspres, beliau sudi berkongsi sedikit sebanyak mengenai perniagaan dan produk beliau di samping memberi pandangan mengenai topik viral dan bagaimana ianya membantu dalam meningkatkan jualan.

Isi Utama

Cik Mazuin menghuraikan serba-sedikit produk beliau dan turut memberi pendapat mengenai kepentingan tagline dalam perniagaan. Bagi perniagaan beliau, beliau mementingkan tagline yang mudah difahami berbanding dengan yang terlalu catchy serta berpendapat ianya merupakan suatu pelaburan penting dalam perniagaan.

Fakta Menarik

CQuen Enterprise memiliki enam jenis produk penjagaan kulit termasuk pembasuh muka, serum, toner, pelindung matahari, mask dan yang menggunakan ekstrak buah-buahan dan bunga yang sesuai digunakan semua peringkat usia tidak mengira jantina. Cik Mazuin turut menjalankan perniagaan spa di Raub, Pahang yang turut menggunapakai produk yang tersebut.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top