Bawa Mulut,
20:25

Ep16. Jom Buat Duit Sebagai Seorang Perunding

25 Mar 2019

Ep 16. Jom Buat Duit Sebagai Seorang Perunding

Rizal kian runsing dengan kerjayanya sebagai perunding perniagaan yang semakin sibuk sehingga memberi tekanan kepada kesihatan dirinya. Cik Sal dan Joy nekad untuk mencari jalan bagi meredakan keadaan yang semakin runcing antara klien-klien Rizal yang mempunyai konflik perniagaan. Mampukah Cik Sal, Rizal dan Joy mencari penyelesaian yang diplomatik dan terbaik bagi semua pihak? Dengarkan episod Bawak Mulut ini dan ketahui lebih lanjut, hanya di eFM!

Isi Utama

Perunding perniagaan atau business consulting adalah khidmat bantuan perniagaan yang penting bagi memberi pandangan atau perspektif perniagaan yang baru kepada pengusaha, selain boleh menjadi liaison atau orang tengah bagi menjalin hubungan perniagaan yang baru. Namun begitu, tanggungjawab seorang perunding perniagaan boleh menjadi berat dan rumit apabila kedua-dua pihak klien yang berbeza mempunyai tahap kesabaran, matlamat perniagaan dan hala tuju yang berbeza. Bagaimanakah Rizal, sebagai seorang perunding perniagaan, akan menyelesaikan situasi merunding yang merungsingkan ini?

Fakta Menarik

Tahukah anda bahawa dalam ribuan firma perunding berniagaan, hanya tiga merupakan firma terbaik di seantero dunia? Ketiga-tiga firma ini, iaitu McKinsey & Company, Boston Consulting Group and Bain & Company, dikenali sebagai The Big Three Consulting atau MBB.

 

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top