Bisnes Makeover,
12:20

Ep159. Ada Permintaan, Ada Peluang Perniagaan

11 Jul 2019

Ep 159. Ada Permintaan, Ada Peluang Perniagaan

BMO episod ini membawakan sebuah topik baru iaitu usahawan delivery. Perniagaan servis penghantaran kini mendapat sambutan dalam kalangan usahawan dan membentuk sebuah cabang perniagaan yang baru. Jika dahulu, semua hal boleh dilakukan dengan sendiri, namun dengan adanya servis penghantaran, orang ramai tidak perlu lagi menghabiskan masa yang banyak untuk melakukan sesebuah perkara seperti membayar bil, membeli makanan, dan sebagainya. Dengan adanya servis penghantaran, pengguna tidak perlu lagi meredah kesesakan lalu lintas, beratur dengan panjang, dan sebagaianya untuk menyelesaikan tugas. Hal ini memberikan faedah kepada dua pihak iaitu pengguna dan usahawan delivery.

Isi Utama

Servis penghantaran tidak hanya tertumpu kepada servis penghantaran barang. Kini, servis penghantaran mempunyai pelbagai cabang yang boleh diceburi oleh usahawan delivery. Nana berkongsi 6 idea perniagaan delivery yang boleh dilakukan oleh usahawan. Antaranya ialah food delivery service, laundry pick up and deliver service, grocery delivery service, personal driver service, bill payment service, dan akhir sekali pengambilan dan penghantaran barang atau surat.

Fakta Menarik

Pos Laju kini mempunyai 1000 lokasi di seluruh Malaysia.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top