Bicara Ekspres,
20:11

Ep158. Todibles – Viral dengan Media Sosial

21 May 2019

Ep 158. Todibles – Viral dengan Media Sosial

Ikuti temubual Bicara Ekspres pada minggu ini bersama-sama dengan pengusaha Nouture Enterprise iaitu Dr Amalina Mohd Daud serta Dr Nasrikul Afiq yang memfokuskan kepada jenama makanan bayi Todibles yang bebas gula, garam dan bahan pengawet yang sesuai untuk bayi yang sensitif. Kedua-dua mereka berkongsi lebih lanjut mengenai bisnes serta bagaimana pemasaran viral membantu bisnes mereka.

Isi Utama

Penulisan atau copywriting adalah satu teknik berkesan yang mampu menyentuh hati pembaca serta meningkatkan trafik ke laman sesawang bisnes. Di samping itu, video juga adalah teknik yang berkesan untuk digunakan pada masa kini. Dalam episod ini, para jemputan bagi segmen Bicara Ekspres ini membincangkan cara-cara menggunakan kedua-dua jenis teknik bagi pemasaran dengan lebih efektif serta langkah bagi menaikkan kreativiti semasa menggunakan copywriting dan video sebagai teknik pemasaran!

Fakta Menarik

Pemasaran secara viral pernah digunakan oleh Dr Amalina dalam mempromosikan produk Todibles melalui penulisan yang pernah dikongsi dalam jumlah beribu-ribu oleh pengguna media sosial serta page-page terkenal seperti Siakap Keli.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top