Bisnes Makeover,
29:46

Ep158. Plonxbox: Perniagaan F&B yang Berjaya

31 May 2019

Ep 153. Burger BAEK!!: Menjual Sambil Bersedekah

Untuk episod terakhir bagi topik Usahawan Gerai Makanan dan Minuman Jalanan, Bisnes Makeover menjemput Encik Aaron Naeem. Encik Aaron merupakan pemilik kepada Plonxbox, sebuah perniagaan yang menyediakan makanan berkualiti dan sedap pada harga berpatutan kepada pelajar dan pekerja pejabat yang kesuntukan masa. Perniagaan yang bermula sejak tahun 2016 dengan hanya berniaga di tepi jalan ini kini mempunyai dua cawangan serta perkhidmatan penghantaran makanan!

Isi Utama

Plonxbox memulakan perniagaan dengan bermodalkan sebanyak RM2000. Menurut Encik Aaron, usahawan jangan memulakan perniagaan dengan melaburkan modal yang besar. Dalam mendapatkan ilmu perniagaan, Encik Aaron berkongsi cara untuk mendapatkan ilmu perniagaan seperti setiap usahawan perlu ada seorang mentor, business model, belajar dari kesilapan dan sebagainya. Lokasi pertama Plonxbox yang terceruk tidak mematahkan semangat Encik Aaron dan beliau menceritakan bagaimana lokasi menentukan kejayaan perniagaan. Encik Aaron turut berkongsi tips marketing yang dilakukan oleh beliau seperti konsistensi, kenalkan kepada circle of influence, menggunakan platform atas talian yang percuma dan juga berbayar. Dalam Plonxbox, Encik Aaron menitikberatkan servis layanan kepada pelanggan dan menceritakan bagaimana kemantapan servis boleh membuatkan perniagaan itu unik dan menimbulkan rasa kesetiaan dalam kalangan pelanggan.

Fakta Menarik

Salah satu menu menarik di Plonxbox adalah Nasi Wau Kaw Kaw yang merupakan resepi turun-temurun daripada keluarga Encik Aaron yang berasal dari Thailand!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top