Bicara Ekspres,
18:23

Ep157. Zya Beautee – Tips Pemasaran Viral

21 May 2019

Ep 157. Zya Beautee – Tips Pemasaran Viral

Tetamu minggu ini di konti eFM ialah Muhamad Nazirul Asyraf dari Maltis Enterprise yang memasarkan produk Zya Beautee Hair Mist untuk kegunaan wanita-wanita di Malaysia. Beliau sudi berkongsi bagaimana beliau mengaplikasikan cara-cara pemasaran viral untuk membawa produk tersebut kepada pengguna.

Isi Utama

Sebagai seorang founder atau tonggak belakang dalam perniagaan, ianya adalah penting untuk memuat naik kandungan sekurang-kurangnya tiga ke empat kali sehari. Pemilihan masa juga adalah penting supaya kena dengan segmen pengguna yang disasarkan dan agar penyebaran kandungan menjadi lebih berkesan. Pemasaran juga boleh berunsurkan peribadi namun perlu dilakukan secara berhemah agar tidak terlalu menunjuk-nunjuk serta mendedahkan diri kepada bahaya.

Fakta Menarik

Muhamad Nazirul Asyraf adalah graduan bidang pengurusan dan multimedia di Kolej Multimedia yang menggunakan ilmu beliau untuk menjalankan bisnes sendiri.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top