Bisnes Makeover,
24:34

Ep157. Gerai Berkonsep Premium tetapi Berharga Ekonomi

31 May 2019

Ep 157. Gerai Berkonsep Premium tetapi Berharga Ekonomi

Episod Bisnes Makeover kali ini menemubual Aman, pemilik kepada Fat Joe’s Shack yang terletak di SS14, Subang Jaya. Fat Joe’s Shack menjual makanan seperti Nasi Lemak Soft Shell Crab dengan Salted Sauce dan Mozarella Soft Shell Crab with Cheesy Fries. Aman mendapat idea unruk membuka Fat Joe’s Shack setelah berjalan di Jalan Alor selepas makan di sebuah kedai Japanese buffet di KL.

Isi Utama

Dalam episod ini, Aman berkongsi cara beliau mendapatkan ilmu perniagaan dan keusahawan sebelum menceburi bidang tersebut dengan kedai miliknya sendiri. Aman pada mulanya menubuhkan perniagaan Fat Joe’s Shack dengan hanya bermodalkan sebanyak RM6000. Antara perkongsian beliau dengan Nana ialah cara mendapatkan stok bagi perniagaan berkisarkan makanan. Stok soft shell crab diperolehi secara import dari negara jiran dan Aman mempunyai 3 pembekal. Aman turut menceritakan strategi pemasaran yang menurut beliau berkos rendah tetapi efektif seperti menggunakan media sosial dan pemasaran secara muut ke mulut. Dalam sehari, Fat Joe’s Shack dapat menjual sebanyak 100 hinggan 120 bungkus dan harga paling murah ditawarkan ialah sebanyak RM10.

Fakta Menarik

Proses “Research and Development” sebelum menubuhkan Fat Joe’s Shack mengambil masa selama 4 bulan!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top