Bisnes Makeover,
50:20

Ep156. Usahawan: Trendsetter atau Follower dalam Perniagaan?

31 May 2019

Ep 156. Usahawan: Trendsetter atau Follower dalam Perniagaan?

Bisnes Makeover dalam episod ini menjemput Encik Ahmad Ismisolihin bin Ismail iaitu pemilik kepada Boro Boro. Boro Boro adalah perniagaan jenis minuman jus buah-buahan yang pada mulanya menjual cendol tetapi beralih kepada penjualan air mangga selepas menemui kegagalan kecil dalam perniagaan asal.

Isi Utama

Dalam episod ini, Encik Ismi berkongsi cara beliau menonjol dalam perniagaan gerai di pasar malam. Antaranya ialah, Encik Ismi menggunakan warna hitam untuk menonjolkan gerainya di pasar malam. Menurut Encik Ismi, modal awalan yang dikeluarkan untuk gerai minuman Mango Shack ialah sebanyak RM1700 untuk membeli sebuah mesin pengisar. Encik Ismi berkongsi cara beliau mencapai target. Antara impian dalam perniagaan yang ingin dicapainya ialah untuk membuka kiosk beliau sendiri dan membuat “printing cups”. Antara usaha beliau untuk mengecapi impian beliau ialah menyimpan RM1 bagi setiap cawan air yang dijual. Kini, Encik Ismi menawarkan perniagaan francais buat mereka yang berminat. Encik Ismi turut berkongsi harga licensing yang ditawarkan oleh Bora-Bora. Harga yang ditawarkan termasuk khidmat latihan dan formula bancuhan minuman.

Fakta Menarik

Ibu pejabat Boro-Boro memiliki 5 kiosk dan jaringan rakan perniagaan Boro-Boro meliputi 47 kiosk!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top