Bicara Ekspres,
21:47

Ep156. Tradisi Bertemu Teknologi; Telur Pindang Viral

21 May 2019

Ep 156. Tradisi Bertemu Teknologi; Telur Pindang Viral

Masih lagi dengan topik pemasaran gaya viral, Bicara Ekspres pada minggu ini bersama-sama dengan Nurul Hawa yang mengusahakan perusahaan yang unik, iaitu Telur Pindang Raja Hawa. Nurul Hawa berkongsi lebih lanjut mengenai perniagaan beliau serta impak pemasaran viral dalam membuatkan bisnesnya meletup.

Isi Utama

Dalam konteks Telur Pindang Raja Hawa, pemasaran secara viral sememangnya meningkatkan jualan dengan kadar yang banyak sekali. Namun begitu, ianya berbahaya jika permintaan naik mendadak sehingga menjadi sukar untuk dipenuhi. Oleh itu, keseimbangan antara pemasaran viral dan kemampuan bisnes untuk melayani pelanggan perlu diselaraskan. Dalam episod ini, Nurul Hawa berkongsi pandangan mengenai cabaran memenuhi permintaan dalam kehangatan fenomena viral bagi perniagaannya.

Fakta Menarik

Merupakan graduan daripada bidang farmasi dan bekerja sebagai pegawai pembangunan bisnes buat seketika, bisnes Telur Pindang Raja Hawa yang bermula dari tahun 2016 merupakan resipi turun-temurun daripada keluarga Nurul Hawa. Dengan akar umbi dari makanan tradisi Johor, asalnya resipi itu menggunakan telur itik sebelum diolah untuk menggunakan telur ayam gred A.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top