Bisnes Makeover,
30:45

Ep155. Gabungan Cendol Durian dan Chicken Wings

31 May 2019

Ep 155. Gabungan Cendol Durian dan Chicken Wings

Bisnes Makeover dalam episod Tolong Makeover menemubual usahawan muda bernama Mohd Adam Taufik dan Amirul Syahmi, yang juga merupakan pelajar MSU. Dua orang jejaka ini merupakan pemilik perniagaan F&B iaitu Cendol Durian Mok dan Nitro. Cendol Durian Mok bertempat di Chow Kit dan Nitro pula bertempat di Taman Melawati. Cendol Durian Mok dan Nitro merupakan dua jenis perniagaan yang berbeza iaitu cendol dan chicken wings.

Isi Utama

Dalam episod Tolong Makeover, Adam dan Amirul menceritakan tentang cabaran yang dihadapi oleh mereka sebagai anak muda seperti kurang ilmu pengetahuan, pengalaman dan juga modal. Untuk memulakan perniagaan Cendol Durian Mok, Amirul dan Adam mengeluarkan modal sebanyak RM3000-RM4000 hasil daripada simpanan menjual barangan di kampus MSU. Modal yang dikeluarkan digunakan untuk membeli mesin cendol, pinggan mangkuk, banner dan juga bagi membayar sewa. Menurut Amirul dan Adam, bahan mentah dibeli secara harian untuk mengekalkan kesegaran cendol yang dijual dan kos harian berbelanja adalah berbeza mengikut hari biasa dan hujung minggu. Sebagai anak muda yang mempunyai cita-cita tinggi, Adam dan Amirul membuka sebuah lagi perniagaan yang baru beroperasi sebulan, Nitro. Nitro adalah perniagaan makanan yang menjual hot chicken wings yang mempunyai tiga jenis sos: Spicy Lemon, Pineapple dan Soy Garlic.

Fakta Menarik

Perbelanjaan perniagaan mereka pada hari biasa adalah sebanyak RM200 dan perbelanjaan pada hari minggu pula boleh mencecah sehingga RM400! Dalam masa seminggu, keuntungan yang diperolehi mereka pula biasanya mencecah RM1,000.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top