Bicara Ekspres,
15:06

Ep155. CS Makeup – Jualan Viral Naik 200%

21 May 2019

Ep 155. CS Makeup – Jualan Viral Naik 200%

Dengarkan podcast Bicara Ekspres pada minggu ini yang meneruskan topik pemasaran viral, menjemput wakil dari CS Makeup iaitu Cik Shahirah yang sudi berkongsi pengalaman dalam menjalankan perniagaan beliau di samping memberi pandangan mengenai topik viral dan bagaimana ianya membantu dalam meningkatkan jualan.

Isi Utama

CS Makeup berfokus kepada pemasaran dengan menjemput orang-orang yang dikenali seperti artis dan social media influencer untuk menggunakan produk mereka. Pemasaran secara viral merupakan cara yang berkesan untuk meningkatkan jualan serta menyebarkan kewujudan CS Makeup kepada para pengguna. Namun ianya harus dilakukan secara beretika dan dengan cara yang positif tanpa mengambil kesempatan terhadap orang lain.

Fakta Menarik

Merupakan graduan UiTM Puncak Alam dalam bidang perakaunan, Shahirah memulakan CS Makeup ketika masih belajar lagi berikutan kesulitan yang dihadapi ketika mencari makeup tools dengan harga yang berpatutan. Bermula tanpa sebarang jenama, nama CS Makeup dipilih secara rawak ketika mereka mula mengembangkan perniagaan.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top