Bisnes Makeover,
10:08

Ep154. Pengalaman yang Sebenar Hanya di Malaysia

31 May 2019

Ep 154. Pengalaman yang Sebenar Hanya di Malaysia

Bisnes Makeover dalam Segmen Tips kali ini membincangkan Usahawan Gerai Makanan dan Minuman. Makanan merupakan identiti negara Malaysia dan keusahawanan berasaskan makanan sememangnya popular dalam kalangan mereka yang berani menceburi bidang tersebut. Gerai makanan dan minuman menawarkan pelbagai jenis makanan yang kadang-kala mengamit memori sewaktu kecil. Namun begitu, untuk memulakan perniagaan gerai makanan dan minuman, usahawan perlu bersedia dari segala aspek, mental dan fizikal, supaya perniagaan mereka dapat bertahan lama.

Isi Utama

Dalam episod Tips bersama Nana, Nana berkongsi 8 kriteria sebelum memulakan perniagaan gerai makanan dan minuman yang harus dititikberatkan oleh usahawan. Antara kriteria yang dikongsi oleh Nana ialah pasaran yang melibat dua pihak iaitu pelanggan dan pembekal, perlu menentukan jenis perniagaan yang ingin dilakukan, lokasi yang strategic, masyarakat dengan daya beli yang tinggi, mudah diperolehi, pusat tumpuan, persaingan dan akhir sekali lesen perniagaan. Kriteria-kriteria ini sangat penting buat mereka yang ingin memulakan perniagaan gerai makanan dan minuman.

Fakta Menarik

Makanan Malaysia sememangya mendapat sambutan di seantero dunia dan ini terbukti apabila nasi lemak menduduki tangga 100 makanan tradisional terbaik di dunia di carta TasteAtlas baru-baru ini!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top