Bicara Ekspres,
11:49

Ep154. Pemasaran dengan Kuasa Viral

21 May 2019

Ep 154. Pemasaran dengan Kuasa Viral

Bicara Ekspres pada minggu ini akan menumpukan perhatian kepada topik pemasaran viral, yakni jenis pemasaran secara pantas dan merebak di media sosial menggunakan kuasa viral yang mendorong pengguna untuk berkongsi kandungan menarik di akaun mereka.

Isi Utama

Pemasaran secara viral merupakan cara pemasaran moden yang menggunakan platform media sosial, menjadi trend terkini dalam memasarkan produk dengan lebih pantas kepada pengguna. Episod ini mengkaji dengan lebih dekat bagaimana pemasaran secara viral berlaku di media sosial dan bagaimana ianya mampu memanfaatkan bisnes para usahawan. Di samping itu, aspek baik serta buruk pemasaran secara viral turut diteliti dalam episod ini.

Fakta Menarik

Pengguna mudah memberi perhatian kepada sesuatu perniagaan jika ianya bersifat pelik dan menarik, maknanya ia adalah lain daripada yang lain. Inilah antara faktor sesuatu bisnes boleh viral di media sosial, namun ia perlu dilakukan secara berhati-hati kerana terlalu pelik juga boleh menjadi menjengkelkan.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top