Bicara Ekspres,
23:17

Ep153. Gagal Sekali, bukan Gagal Selamanya

09 May 2019

Ep 153. Gagal Sekali, bukan Gagal Selamanya

Bicara Ekpsres menemubual Siti Aisyah binti Mohd Said Ramzan, seorang usahawan wanita yang berumur 24 tahun. Siti Aisyah merupakan pemilik kepada Impact Solution Resources, iaitu sebuah syarikat yang menawarkan servis pemasaran secara efektif kepada usahawan. Impact Solution telah membina sebuah aplikasi yang boleh digunakan oleh usahawan untuk mempromosikan produk mereka.

Isi Utama

Berbincang topik minggu ini, Siti Aisyah pernah mengalami kegagalan dalam pelbagai jenis perniagaan. Antaranya ialah semasa dia mecuba nasib sebagai dropshipper dan menjual kerepek di universitinya. Siti Aisyah berkongsi bagaimana dia boleh gagal dalam perniagaan. Siti Aisyah menceritakan kepada pendengar mengapa kegagalan berlaku dalam perniagaan, seperti faktor kekurangan ilmu semasa menceburi perniagaan. Sebagai usahawan yang tidak mengalah dan bersemangat, Siti Aisyah berkongsi cara-cara dia bangkit semula daripada kegagalan. Siti Aisyah juga berkongsi sedikit sebanyak tentang latar belakang syarikat Impact Solution Resources. Antaranya ialah terdapat dua program offline dan online yang ditawarkan yang melibatkan lebih daripada 2000 kedai di seluruh Malaysia.

Fakta Menarik

Pada tahun ini, Impact Solution Resources menawarkan pelan RM99 untuk setahun kepada usahawan yang ingin menggunakan servis pemasaran syarikat mereka.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top