Bisnes Makeover,
36:40

Ep153. Burger BAEK!!: Menjual Sambil Bersedekah

26 May 2019

Ep 153. Burger BAEK!!: Menjual Sambil Bersedekah

Segmen Jom Share menjemput Khairul Fitri Razak atau senang dikenali sebagai Angah. Angah merupakan pemilik kepada Burger Baik yang mempunyai beberapa cawangan di Shah Alam, Kuantan dan Puchong Permai. Angah memulakan perniagaan burger pada tahun 2007 semasa Angah masih bekerja sebuah syarikat bank untuk mencari pendapatan lebih dan kemudiannya memilih untuk mengusahakan perniagaan ini secara serius 8 tahun kemudian.

Isi Utama

Menurutnya, Angah memilih untuk menjual burger kerana dia bukanlah asal dari keluarga yang senang dan dia sering mengikuti keluarganya berniaga keropok lekor sejak dari zaman sekolah menengah. Pada tahun 2007, modal awalan Angah membuka gerai adalah sebanyak RM800. Kini, kos perbelanjaan untuk Burger Baik telah naik sehingga sebanyak RM4000. Menu utama Burger Baik adalah Burger Ayam Crispy yang telah mendapat perhatian media sebanyak 19 kali. Angah berkongsi tip pemasaran yang boleh dipraktikkan oleh usahawan tempatan, terutama sekali usahawan burger. Antaranya ialah pasang niat iaitu berniaga sambil bersedekah, pemasaran lebih kepada kawan-kawan melalui aplikasi Facebook, dan rujuk kepada mentor. Mentor Angah, Abang Rudy menyarankan Angah supaya melakukan live video di Facebook cara Angah mengendalikan perniagaanya. Kelainan yang ditawarkan oleh Burger Baik adalah harga Burger Ayam Crispy adalah harga ekonomi iaitu RM4. Kos operasi Burger Baik miliknya adalah sebanyak RM200,000 iaitu 30% untung.

Fakta Menarik

Kedai Burger Baik menarik perhatian pelanggan kerana kedai tersebut mempunyai 42 lampu dan 4 biji spotlight!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top