Bisnes Makeover,
17:05

Ep152. Lampu Memainkan Peranan dalam Perniagaan Burger

26 May 2019

Ep 152. Lampu Memainkan Peranan dalam Perniagaan Burger

Podcast BMO kali ini dalam segmen Jom Share menghubungi Irwan Alif, pemilik kepada Irwan Burger Corner. Irwan Burger Corner terletak di Gua Musang, Kelantan. Irwan memulakan perniagaan burgernya pada tahun 2016 atas dasar minat yang mendalam terhadap perusahaan burger. Irwan yang sebelum ini bekerja dengan orang memilih untuk berhenti kerja dan menceburi bidang perniagaan. Kini, beliau merupakan pemilik perniagaan burger yang berjaya!

Isi Utama

Irwan memulakan perniagaan burgernya dengan bermodalkan sebanyak RM500 pada tahun 2015. Sepanjang menjalankan perniagaan burger, Irwan berkongsi keuntungan kasar yang diperoleh olehnya adalah sebanyak RM200. Irwan juga menghuraikan bagaimana dia menarik perhatian pelanggan untuk membeli burger di gerainya. Antaranya ialah Irwan memasang lampu untuk menarik pelanggan, resipinya tersendiri dan sos yang digunakan oleh Irwan juga lain dari yang lain. Menurutnya, beliau pernah terpaksa pergi ke dua atau tiga kedai sebelum membeli bahan mentah kerana perbezaan harga yang sangat banyak sebanyak RM3-RM4.

Fakta Menarik

Menu lain daripada yang lain di Irwan Burger Corner ialah Burger Pataya yang teramat unik dan menjadi kegemaran pelanggannya.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top