Bicara Ekspres,
22:26

Ep152. Ego dan Kurang Ilmu: Punca Kegagalan

09 May 2019

Ep 152. Ego dan Kurang Ilmu: Punca Kegagalan

Episod kali ini, Arizal menemubual seorang usahawan wanita bernama Nur Syazwani atau mesra dikenali sebagai Wani. Wani merupakan pemilik kepada Waniqo Enterprise, sebuah syarikat yang menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan yang mudah dan senang digunakan oleh pengguna. Waniqo Enterprise menjual sebuah produk kecantikan sabun muka dalam bentuk tisu dan telah berkecipung dalam bidang ini sejak 3 tahun yang lepas.

Isu Utama

Berbincang tentang topik Bagaimana untuk Bangkit Semula? Wani mengatakan dia pernah gagal dalam perniagaannya apabila apa yang dilakukan oleh Wani tidak mendapat sambutan yang baik. Wani menceritakan bagaimana berlakunya kegagalan dalam perniagaanya. Antaranya ialah tingkah lakunya sebagai seorang usahawan muda serta sifat terburu-buru dalam mengikuti kata hati dan ego sehingga hilang sifat rasional dalam diri. Wani juga berkongsi tentang faktor-faktor yang menyumbang kebangkitan semula Wani daripada kegagalan.

Fakta Utama

Wani merupakan bekas pelajar GIATMARA Pulai sesi 2016 dalam bidang spa, terapi dan kesihatan diri.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top