Bicara Ekspres,
11:50

Ep151. Visi dan Objektif: Titik Awal Perniagaan

09 May 2019

Ep 151. Visi dan Objektif: Titik Awal Perniagaan

Bicara Ekspres menemuramah seorang usahawan wanita, Nurul Hidayah binti Abdul Ghani atau lebih mesra dikenali sebagai Dayah. Dayah yang masih berumur 23 tahun merupakan pemilik kepada Empire Tuah. Empire Tuah merupakan perniagaan yang menawarkan servis percetakan di Segamat sejak tahun 2015. Dayah merupakan bekas pelajar GIATMARA Pasir Gudang pada tahun 2014.

Isi Utama

Membincangkan topik “Bagaimana untuk Bangkit Semula?’’ Dayah berkongsi dia tidak pernah gagal sebelum ini tetapi pernah rasa kecewa apabila keuntungan tidak mencapai sasaran. Semasa Dayah merasa kecewa, Dayah sering memikirkan tentang ibu bapanya. Dayah juga berkongsi tentang faktor-faktor yang boleh menyebabkan kejatuhan dalam sesuatu perniagaan. Antaranya ialah sikap lupa diri dan ego usahawan yang mengaburi hala tuju mereka dalam perusahawanan.

Fakta Menarik

Sikap ego yang tinggi dalam diri usahawan boleh menyebabkan kemerosotan perkembangan perniagaan mereka!

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top