Bisnes Makeover,
38:01

Ep151. Bermula di Rumah, Kini Pemilik Restoran

26 May 2019

Ep 151. Bermula di Rumah, Kini Pemilik Restoran

Segmen Jom Share bersama Nana Mahazan kali ini menjemput pemilik restoran M.H.R Burger, Muhd Hafizi Roslan dan Muhd Hilmi Roslan. Hafizi dan Hilmi memulakan perjalanan mereka dalam dunia perniagaan burger sejak tahun 2008 apabila mereka berniaga burger di depan rumah mereka. Setelah itu, mereka mendapat peluang untuk membuka gerai burger di beberapa tempat termasuk sekitar kawasan politeknik dan sekolah. Menariknya, pada waktu itu, Hafizi dan Hilmi memulakan waktu operasi perniagaan pada waktu 6 pagi sehingga 1 pagi. Kini, Hafizi dan Hilmi memiliki sebuah restoran burger di Port Dickson.

Isi Utama

Pada tahun 2008, Hafizi dan Hilmi memulakan perniagaan mereka dengan bermodalkan RM200 dan beberapa tahun kemudian modal permulaan mereka meningkat secara mendadak ke RM120,000 ketika mereka membuat keputusan bagi membuka restoran yang lebih besar. Menurut Hafizi dan Hilmi, separuh dari modal tersebut merupakan pinjaman daripada pihak MARA. Menurut mereka selaku pemilik M.H.R Burger, mereka mengikat pelanggan melalui emosi dan komunikasi adalah penting buat mereka. Jika dahulu, Hafizi dan Hilmi sahaja yang mengendalikan perniagaan mereka dari memasak dan menjual, kini mereka mempunyai 28 staff di M.H.R Burger. Hafizi dan Hilmi berkongsi branding yang merupakan komponen keusahawanan yang penting buat mereka. Hafizi dan Hilmi juga berkongsi tentang cabaran-cabaran yang mereka lalui sepanjang mereka menceburi dunia perniagaan burger.

Fakta Menarik

Pada tahun 2008, mereka dapat jual 20-30 biji burger sehari, namun kini M.H.R Burger menjual sebanyak 100-200 biji sehari dan menu mereka termasuk pilihan unik seperti Dragon Cheese Burger dan Redish Carbonara Burger.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top