Bisnes Makeover,
34:12

Ep150. Bogo.my: Membantu Anak Muda

26 May 2019

Ep 150. Bogo.my: Membantu Anak Muda

Bicara Makeover dalam episod kali ini menjemput usahawan burger Bogo.my iaitu Encik Izwan. Izwan memulakan perniagaannya pada tahun 2016 dan idea Bogo.my terhasil untuk membantu rakan-rakan yang tidak berkerja dan ingin menambah pendapatan. Kini, Bogo.my memiliki tiga kedai di kawasan yang berbeza iaitu di Saujana Prima, Sungai Long, dan Saujana Impian di Kajang.

Isi Utama

Perniagaan burger tidak asing lagi dalam Malaysia dan gerai burger terletak di merata-rata serta senang dijumpai bagai cendawan selepas hujan. Namun begitu, terdapat kelainan dalam kedai burger Bogo.my. Antaranya ialah makanan dihidangkan secara cepat, berkualiti dan mementingkan kebersihan. Bogo.my memulakan perniagaan dengan bermodalkan RM4000-RM5000 untuk membeli stor, perkakas, dan bahan mentah. Kini, Bogo.my menghabiskan sebanyak RM700-RM800 seminggu untuk membeli bahan mentah dan seterusnya meraih keuntungan sebanyak RM200-RM300. Semestinya lokasi untuk menjual burger memainkan peranan yang penting untuk meraih keuntungan secara maksima, dan Izwan berkongsi rahsia lokasi yang baik bagi memulakan perniagaan burger. Bogo.my juga menyediakan servis penghantaran dalam kawasan perumahan tersebut. Izwan berkongsi tentang operasi yang dijalankan, terutama sekali proses penghantaran makanan yang unik bagi perusahaannya.

Fakta Menarik

Visi Bogo.my adalah untuk membantu golongan muda yang tidak sambung belajar dan mahu menambah pendapatan melalui perniagaan yang berskala kecil tetap berjaya.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top