Satu Daerah Satu Industri (SDSI) - Zon Selatan,
02:49

Ep15. Perusahaan Kampung Bertaraf Antarabangsa

11 Jul 2019

Ep 15. Perusahaan Kampung Bertaraf Antarabangsa

Siri podcast Satu Daerah Satu Industri yang berlangsung dari Melaka kini kembali dengan satu lagi wawancara bersama usahawan kampung yang cekal menghadapi liku-liku perjalanan dalam dunia keusahawan. Dalam episod ini, Encik Tuzelan Bin Ahmad dari Perusahaan Zalikraf berkongsi tentang perusahaan kampung pembuatan kayu yang kini mempunyai pelanggan dari seluruh semenanjung Malaysia termasuklah Singapura.

Isi Utama

Perusahaan Zalikraf adalah sebuah perusahaan kampung yang menghasilkan produk berasaskan kayu untuk Masjid dan rumah. Dalam 18 tahun beroperasi, Zalikraf kini mempunyai pelanggan dari seluruh semenanjung Malaysia termasuk Singapura. Ikuti episod ini bagi mempelajari cabaran-cabaran yang dihadapi oleh usahawan yang beroperasi dari kampung serta luar bandar seperti Encik Tuzelan yang semestinya unik tetapi boleh dijadikan teladan oleh usahawan di seluruh negara.

Fakta Menarik

Antara cabaran yang dihadapi adalah dari segi tenaga buruh bagi meneruskan operasi perniagaan dengan lancar serta mendapatkan pekerja mahir. Ramai pekerja yang mengaku mahir bekerja kayu tetapi sebaliknya tidak mempunyai kemahiran seni bertukang!

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top