Bawa Mulut,
42:01

Ep15. Milik Siapa Hak Eksklusif Halal?

28 Feb 2019

Ep 15. Milik Siapa Hak Eksklusif Halal?

Cik Sal mendengar siaran radio bersama DJ Nana Mahazan tentang industri halal. Abang Rizal berminat untuk menghasilkan produk penjagaan diri dan meminta bantuan Abang Osman untuk menjadi pembekal susu kambing. Sepanjang episod ini, Abang Rizal membimbing Cik Sal dan Joy menghasilkan sabun sendiri, tanpa menggunakan bahan kimia berbahaya.

Isi utama

Industri halal melibatkan rantaian bekalan yang menyeluruh, dari ladang kepada pengguna dan membuka banyak peluang kerjaya kepada masyarakat kerana melibatkan pelbagai sektor industri seperti farmaseutikel, makanan, kosmetik, pembungkusan, logistik, perkhidmatan. Produk halal bukan sahaja suci dari sudut pandang Islam, tetapi juga menjadi pilihan pengguna bukan Islam kerana status keselamatan dan khasiat makanan yang diyakini selain proses penghasilan bermutu tinggi. Episod ini memberi panduan asas kepada pengusaha tentang pembuatan sabun, permohonan pengesahan sijil halal, strategi pemasaran atas talian khususnya “copywriting” dan “storytelling” termasuk hubungan dalam persaingan sihat.

Fakta menarik

Pasaran halal global melebihi USD 2.3 trilion setahun menunjukkan tahap kebolehpasaran produk halal sangat memberangsangkan di pepringkat global.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top