Gerai Go Digital,
14.29

EP.15 Liza’s Briyani Tetap Dapat Sambutan Sepanjang PKP

12 May 2020

Gerai Go Digital

Gerai On Digital merupakan satu pilot projek radio eFM menyokong dan membantu peniaga gerai makanan khususnya peniaga pasar malam, gerai tepi jalan dan peniaga bazar Ramadhan yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak pandemik Covid 19Melalui projek ini yang merangkumi eFM Pasar Malam Box dan eFM Bazar Ramadhan Box berkonsepkan membantu usahawan mikro ini mendapat pelanggan dan pendapatan berterusan melalui gaya pemasaran baru iaitu secara digital. Ia juga dapat membantu lebih ramai penghantar makanan menambah rezeki sepanjang PKP ini.

EP.15 Liza’s Briyani Tetap Dapat Sambutan Sepanjang PKP

Gerai Go Digital kali ini menampilkan Puan Rosmaliza Mohammad, pemilik Liza’s Briyani di SS15 Subang Jaya yang masih menjalankan bisnes nasi briyai resepi ibu mertuanya dan mendapat sambutan seperti biasa walaupun PKP. Ini adalah kerana Puan Liza telah menggunakan media sosial sebagai alat pemasaran sejak sekian lama dan dikenali ramai serta telah mempunyai pelanggan tetap.

Isi Utama

Podcast kali ini membawakan Puan Liza dari Liza’s Briyani yang berkongsi pengalaman beliau menjadikan media sosial sejak mula berniaga dan ianya banyak membantu beliau terus sukses dan tidak terkesan akibat PKP ini. Ini membuktikan bahawa usahawan mikro yang menjadikan media sosial sebagai alat pemasaran, lambat laun akan lebih mudah dikenali dan mencapai sasaran pelanggan yang betul.

Fakta Menarik

Peranan media sosial seperti facebook, Instagram dan sebagainya sangat berguna sebagai alat pemasaran yang relavan. Usahawan mikro perlu menguasai asas media sosial jika mahu terus berjaya terutama ketika menghadapi saat-saat sukar sepanjang PKP ini.

Download

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top