Bisnes Makeover,
11:34

Ep149. Usahawan Burger Tidak Boleh Pergi Jauh?

26 May 2019

Ep 149. Usahawan Burger Tidak Boleh Pergi Jauh?

Episod Bisnes Makeover kali ini membawakan topik berpusarkan Usahawan Burger. Walaupun perniagaan burger merupakan perniagaan yang ada dimana-mana, namun begitu terdapat persepsi dan pemikiran bahawa usahawan burger tidak dapat pergi jauh. Topik episod ini diharap boleh mengubah pandangan orang ramai terhadap usahawan burger yang sering dipandang serong oleh masyarakat.

Isi Utama

Burger tepi jalan kekal sebagai makanan kegemaran orang Malaysia yang tak lapuk dek zaman, tak lekang dek panas. Perniagaan burger juga sering menjadi pilihan anak muda Malaysia untuk menambah pendapatan sampingan di waktu malam. Untuk memulakan perniagaan burger, Nana berkongsi beberapa tips bagi memudahkan proses permulaan bagi mereka yang ingin menceburi bidang ini. Antaranya ialah ilmu, pembekal, resepi burger sedap, lokasi strategik, mental dan fizikal, modal awalan, kepercayaan pelanggan, masa berniaga, persaingan, dan lesen perniagaan.

Fakta Menarik

Modal awalan Burger Ramly adalah sebanyak RM2000 dengan hanya berniaga di tepi jalan.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top