Bicara Ekspres,
14:55

Ep148. Idea dan Modal: Saling Berkait Rapat

09 May 2019

Ep 148. Idea dan Modal: Saling Berkait Rapat

Bicara Ekpsres kali ini menjemput Ali bin Mohammad Sahfiee, seorang usahawan dan juga pemilik Ams Speed Enterprise. Ams Speed Enterprise merupakan perniagaan yang menawarkan servis untuk membaiki kereta-kereta model lama. Ali merupakan bekas pelajar GIATMARA Kapar pada tahun 2017 dan menuntut ilmu disana selama 1 tahun setengah. Di akhir pengajiannya, Ali mendaftarkan Ams Speed Enterprise sebagai sebuah perniagaan yang sah pada tahun 2018.

Isi Utama

Berbincang tentang topik Mana Lebih Penting: Idea atau Modal, modal dan idea saling berkait bagi usahawan muda ini. Menurut Ali, kalau tiada modal, usahawan tidak boleh menjalankan idea. Pada pendapatnya, idea terletak dinombor pertama, manakala modal dinombor kedua dan ketiga ialah ilmu keusahawan. Ali juga berkongsi bagaimana untuk mendapatkan idea jika kita telah berjaya mengumpul modal yang mencukupi.

Fakta Menarik

Bengkel Ams Speed Enterprise terletak di tepi rumah Ali dan kemudiannya barulah Ams Speed Enterprise berpindah ke tempat yang lebih sesuai.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top