Bisnes Makeover,
23:58

Ep148. Agensi MARA: Ekosistem Lengkap Buat Usahawan

21 May 2019

Ep 148. Agensi MARA: Ekosistem Lengkap Buat Usahawan

Bicara Makeover menjemput Encik Mohd Faisal, Pengawai MARA Wilayah Cheras, Putrajaya dan Bandar Tun Razak dalam segmen Jom Share. Terdapat pelbagai agensi kerajaan yang dapat membantu usahawan untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka. Sebagai salah satu agensi kerajaan yang memberi bantuan kepada usahawan, MARA menyediakan segala kemudahan untuk usahawan seperti kemudahan pembiayaan, kemudahan khidmat nasihat, dan kemudahan peremis.

Isi Utama

Encik Mohd Faisal selaku Pengawai MARA berkongsi bantuan yang ditawarkan oleh MARA kepada usahawan. Dari aspek pembiayaan atau peminjaman wang, Encik Mohd Faisal berkongsi tentang proses dan bagaimana cara untuk memohon pinjaman untuk mengembangkan lagi perniagaan. Menurut Encik Mohd Faisal, MARA melaksanakan kursus kewangan setiap bulan buat usahawan. Encik Mohd Faisal juga berkongsi tentang proses untuk menerima pinjaman daripada MARA dan ia mengambil masa sebanyak 1-2 bulan. Usahawan perlu menjalani beberapa proses sebelum pinjaman diluluskan. Menurut Encik Mohd Faisal, usahawan sering melakukan beberapa kesilapan sepanjang pemantauan mereka, antaranya ialah usahawan mengalami masalah untuk melakukan kertas kerja, masalah untuk mengawal kewangan dan masalah untuk mengikuti perkembangan semasa dunia digital.

Fakta Menarik

Terdapat dua jenis pengeluaran wang yang dilakukan oleh pihak MARA setelah pinjaman wang diluluskan. Antaranya ialah pihak Mara akan membayar secara terus kepada supplier dan pihak MARA akan memberi modal pusingan kepada syarikat.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top