Bisnes Makeover,
26:06

Ep147. Content Berbentuk Arahan tetapi Tidak Mengarah

21 May 2019

Ep 147. Content Berbentuk Arahan tetapi Tidak Mengarah

Bicara Makeover kali ini menjemput Coach Shidi dalam Segmen Jom Share. Coach Sidi merupakan pengasas kepada Contentprenuer.com. Contentprenuer melatih usahawan untuk membina content yang berkesan untuk perniagaan mereka. Content marketing merupakan sebuah teknik marketing yang melibatkan proses mencipta dan berkongsi di laman media sosial. Antaranya ialah penghasilan video, penulisan blog atau penulisan di media sosial seperti Instagram dan Facebook.

Isi Utama

Menurut Coach Shidi, sebelum melakukan content marketing, usahawan perlu mengetahui tentang target market. Usahawan perlu menulis content berdasarkan target market. Coach Shidi juga menyatakan sebelum usahawan menguasai market share, usahawan perlu menguasai market share mind orang. Sebagai seorang yang sangat pakar dalam bidang content, Coach Shidi berkongsi kepada pendengar tentang kesalahan yang sering dilakukan oleh usahawan dalam menulis content. Tidak semua perkongsian dan content dapat viral dalam media sosial, Coach Shidi berkongsi ciri agar sesuatu post itu dapat viral. Antara ciri yang dikongsi ialah sentimental value, minimalist posting dan fokus kepada satu produk.

Fakta Menarik

Menurut Coach Shidi, pelanggan suka diberi ganjaran. Jika usahawan memberi ganjaran kepada pelanggan, mereka akan melakukan ulasan terhadap produk.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top