Bisnes Makeover,
38:45

Ep146. Adakah Peniaga Online Membunuh Harga?

21 May 2019

Ep 146. Adakah Peniaga Online Membunuh Harga?

Bicara Makeover dalam Segmen Jom Share menjemput Puan Nadwati, pemilik kepada Marissa Shop. Marissa Shop bermula secara atas talian pada tahun 2011. Pada tahun tersebut, Puan Nadwati melakukan perniagaannya di rumah, atas sebab permintaan yang tinggi dan ramai pelanggan yang datang ke rumahnya, Puan Nadwati membuka kedai fizikal pada hujung tahun 2012.

Isi Utama

Puan Nadwati berkongsi tips dan cara untuk memasarkan perniagaan secara berkesan. Antara tips yang dikongsikan oleh Puan Nadwati ialah konsisten dalam melaksanakan pemasaran. Puan Nadwati menyarankan usahawan perlu melakukan dua jenis pemasaran secara online dan offline iaitu mempromosikan barang di media sosial, promosi mulut ke mulut dan edaran flyer atau brochure. Puan Nadwati berkongsi tips untuk menguruskan syarikat secara teliti. Antaranya ialah setiap perniagaan perlu ada pengurus operasi.  Tiada perniagaan yang tidak mempunyai masalah walaupun sudah lama beroperasi dan menurut Puan Nadwati, cabaran terbesar yang dihadapi oleh Puan Nadwati oalah permainan harga dan isu scammer.

Fakta Menarik

Kos operasi Marissa Shop adalah sebanyak RM25,000 hingga RM30,000.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top