Bisnes Makeover,
33:18

Ep145. Usahawan Mendidik Sambil Menjual.

21 May 2019

Ep 145. Usahawan Mendidik Sambil Menjual.

Dalam Segmen Jom Share yang sedikit sebanyak membantu Encik Norazwani menyelesaikan masalah perniagaannya, Bicara Makeover menjemput Puan Nerfetiti atau lebih mesra dikenali sebagai Puan Tati. Puan Tati merupakan pengasas butik Mama Yaya Zone. Mama Yaya Zone dimulakan pada tahun 2008 dan berada di Bangi Gateway.

Isi Utama

Untuk membantu Encik Norazwani, Puan Tati yang telah berkecimpung dalam dunia perniagaan kelengkapan bayi selama 10 tahun memberikan tips pemasaran secara agresif. Antara tips yang dikongsi oleh Puan Tati adalah usahawan perlu ada jiwa yang kental dan passionate, usahawan perlu ada sokongan daripada keluarga, kewangan perlu jaga dengan teliti, dan pemasaran perlu berterusan. Pada awal perniagaan Mama Yaya Zone, Puan Tati menjual baju bayi, baju melayu dan baju kebaya bayi. Untuk menguruskan operasi perniagaan secara efisien dan berkesan, Puan Tati berkongsi beberapa tips kepada Encik Norazwani dan pendengar. Antaranya, pemilik kedai atau usahawan perlu ada kemahiran dan ilmu untuk mengendalikan dan mengajar pekerja, bilangan pekerja bergantung kepada saiz perniagaan tersebut, dan lain-lain.
Kepada usahawan yang baru mahu menjinakkan diri dalam perniagaan kelengkapan bayi, Puan Tati berkongsi beberapa tips, antaranya permulaan perniagaan perlu dimulakan dengan satu jenis barang. Kemudian, jika ada permintaan melebihi keperluan, usahawan boleh menambah stok. Puan Tati mengalakkan usahawan tidak memesan barang terlebih banyak dan fokus kepada barang yang dijual banyak. Mama Yaya Zone mempunyai kelainan dalam melakukan perniagaan, bukan saja menjual tetapi mereka juga mengajar bakal ibu bapa. Selain itu, Puan Tati sering mencuba sesuatu yang baru. Antaranya ialah Puan Tati melakukan baby spa, photoshoot baby, baking class untuk kanak-kanak.

Fakta Menarik

Puan Tati juga menawarkan khidmat nasihat dan servis buat ibu bapa. Antaranya ialah set pengurusan uri, servis cuci dan tanam uri.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top