Bicara Ekspres,
15:13

Ep145. Modal Kosong Idea Hanyalah Angan-Angan

09 May 2019

Ep 145. Modal Kosong Idea Hanyalah Angan-Angan

Episod Bicara Ekspres kali ini menemuramah tetamu jemputan iaitu Syed Muhammad bin Wan Hasan. Syed Muhammad merupakan pengasas S_Alqadry Exclusive. S_Alqadry Exclusive merupakan perniagaan dalam bidang fesyen iaitu menjual baju melayu slim fit. Perniagaan S_Alqadry bermula pada tahun 2016.

Isi Utama

Dalam membincangkan topik Mana Lebih Penting: Idea atau Modal, Syed Muhammad berkongsi pandangannya iaitu modal lagi penting dari idea. Berdasarkan pengalamannya Syed, Syed mendapat idea corak baju melayu slim fit sejak tahun 2010 tetapi disebabkan kekangan modal, Syed terpaksa menahan diri daripada menceburi bidang perniagaan selama 6 tahun. Untuk meneruskan perniagaan tanpa menemui jalan kegagalan, Syed berkongsi tentang bagaimana untuk memperkembangkan perniagaan dengan cara pemasaran. Apa yang dilakukan oleh Syed untuk memperkembangkan perniagaannya ialah dengan melakukan pelancaran di Kuching dan Syed menjemput artis terkemuka seperti Hakiem Rusli. Ketahui lebih lanjut dalam episod kali ini!

Fakta Menarik

Perniagaan S_Alqadry terletak di Kuala Lumpur dan butik juga di Kuala Lumpur. Namun begitu, pemasaran S Alqadry di Sarawak.

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top