Bisnes Makeover,
24:04

Ep144. Adakah Perniagaan Kelengkapan Bayi Berisiko Rendah?

21 May 2019

Ep 144. Adakah Perniagaan Kelengkapan Bayi Berisiko Rendah?

Bicara Makeover episod ini membincangkan topik tentang perniagaan kelengkapan bayi. Nana Mahazan dalam segmen Tolong Makeover menjemput Encik Norazwani bin Mohd, pemilik kepada Fathia Baby Shop. Fathia Baby Shop ialah kedai menjual kelengkapan ibu dan bayi dari semua peringkat iaitu bayi baru lahir hingga umur tiga tahun. Fathia Baby Shop terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Encik Norazwani telah berkecimpung selama dua tahun dalam bidang barangan ibu dan bayi.

Isi Utama

Perniagaan kelengkapan bayi merupakan salah satu perniagaan yang kurang berisiko kerana permintaan yang amat mengalakkan. Hal ini kerana, kelahiran bayi yang semakin meningkat membuatkan perniagaan kelengkapan bayi ini semakin tumbuh seperti cendawan. Dalam Segmen Tips Bersama Nana, Nana berkongsi tentang mengapa perniagaan kelengkapan bayi ini mempunyai prospek yang sangat baik. Seterusnya, Nana juga berkongsi tentang tips dan strategi dalam melakukan perniagaan kelengkapan bayi yang boleh dipraktikkan oleh usahawan yang mahu cuba menceburi bidang ini.
Semestinya, setiap perniagaan yang dilakukan ada naik dan turun tidak kira usia perniagaan tersebut. Oleh itu, dalam segmen Tolong Makeover kali ini, Nana akan sedikit sebanyak membantu Encik Norazwani untuk mengembangkan lagi perniagaannya. Strategi pemasaran yang dilakukan oleh Encik Norazwani adalah melalui media sosial. Menurut Encik Norazwani, kos operasi sebulan adalah sebanyak RM12,000 termasuk gaji, sewa kedai, aksesori, dan internet. Pendapatan bersih perniagaannya adalah sebanyak RM2,000 hingga RM3,000.Cabaran yang dihadapi oleh Encik Norazwani adalah Encik Norazwani memerlukan modal yang tinggi untuk membeli stok barangan, dan kos overhead yang sangat tinggi kerana Encik Norazwani mempunyai 6 orang staff yang dibahagikan kepada dua jenis jabatan. Antara bantuan makeover yang diperlukan oleh Encik Norazwani ialah bantuan dari segi kewangan daripada agensi kerajaan dan bimbingan untuk mendapatkan ilmu keusahawan dan pengurusan kewangan.

Fakta Menarik

Encik Norazwani pada awalnya menjual stroller secara online sebelum membuka premis.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top