Bisnes Makeover,
30:42

Ep142. Sokongan SME Corp Membantu Usahawan Desa

09 May 2019

Ep 142. Sokongan SME Corp Membantu Usahawan Desa

Perniagaan merupakan sebuah bidang yang versatil dan boleh diterajui sesiapa sahaja asalkan mempunyai minat. Walaupun banyak persediaan yang perlu dilakukan, menjadi seorang usahawan bukanlah sesuatu yang mustahil hanya kerana seseorang itu tiada pendidikan formal dalam bidang ini. Kini, aktiviti-aktiviti keusahawanan digalakkan dan disokong kuat oleh kerajaan kerana selain membantu para peniaga, ia juga memberi pelbagai impak seperti menyediakan peluang pekerjaan dan menjana ekonomi negara. Oleh itu, banyak bantuan yang disediakan untuk mereka yang minat untuk mula berniaga. SME Corp merupakan salah satu syarikat yang membantu usahawan-usahawan perniagaan mikro, kecil, dan sederhana untuk beroperasi dan maju dengan menawarkan pelbagai jenis bantuan. Dalam episod ini, Encik Azmi, CEO SME Corp berkongsi peranan syarikat beliau untuk bantu para usahawan melakar sebuah persepsi yang kurang menakutkan tentang perniagaan.

Isi Utama

Episod ini sangat padat dengan maklumat tentang bantuan-bantuan yang ditawarkan SME Corp dari pelbagai aspek seperti modal, kursus, membina hubungan (networking) dengan pemain-pemain industri yang lain, dan sebagainya. Perkongsian ini lebih tertumpu kepada industri desa dan usahawan-usahawan yang terlibat dalam industri ini. Selain itu, beliau juga berkongsi jenis-jenis ilmu yang perlu ada pada setiap usahawan, cara-cara untuk mendapatkan bantuan, jenis-jenis bantuan yang perlu dicari, dan pelbagai lagi informasi tentang persediaan untuk memulakan perniagaan. Proses-proses untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan juga dikongsi dengan intensif di dalam episod ini. Akhir sekali, beliau berkongsi nasihat-nasihat harapan beliau kepada peniaga industri desa.

Fakta Menarik

Program Malaysian Halal Expo Exhibition yang telah dianjurkan oleh SME Corp telah membawakan pasaran Jepun untuk usahawan tempatan sempena persediaan Sukan Olimpik 2020 di Jepun.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top