Bicara Ekspres,
19:49

Ep142. Adakah Pengalaman Membuatkan Usahawan Menjadi Ego?

25 Apr 2019

Ep 142. Adakah Pengalaman Membuatkan Usahawan Menjadi Ego?

Kali ini, DJ Arizal menemubual seorang usahawan dalam bidang solekan iaitu Puteri Nurdina Bt Ishak atau lebih dikenali sebagai Puteri. Puteri merupakan pemilik kepada Puteri Nurdina Ishak Enterprise yang menawarkan servis solekan dan inai untuk pelbagai majlis seperti majlis perkahwinan dan pertunangan. Perniagaan Puteri Nurdina Ishak Enterprise sudah bertapak selama 3 tahun lebih dan merupakan usaha Puteri, seorang bekas pelajar GIATMARA Simpang Empat di Alor Gajah, Melaka.

Key Takeaways

Bercakap tentang masalah ego dalam diri usahawan, Puteri aktif bergiat dalam bidang solekan sejak Puteri berumur 18 tahun, namun begitu, Puteri mengambil insiatif untuk belajar lebih mendalam tentang solekan. Berbincang tentang topik masalah ego dalam diri usahawan, Puteri juga berkongsi tentang pengalamannya sepanjang dia melakukan servis solekan. Antara perkongsian beliau dalam episod ini adalah bahayanya perasaan angkuh dan ego dalam pengurusan perniagaan!

Fun Fact

Memilih nama sendiri sebagai branding merupakan salah satu strategi buat Puteri untuk senang dikenali ramai!

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top