Bisnes Makeover,
31:09

Ep141. Kepercayaan Pengguna Pelaris Utama

09 May 2019

Ep 141. Kepercayaan Pengguna Pelaris Utama

Permintaan makanan sejuk beku semakin bertambah kerana kesibukan masyarakat dalam kehidupan seharian. Selain memudahkan, produk-produk makanan ini juga lazat dan tahan lama. Encik Shahidin, bekas anggota tentera dan kini pemilik Cik Din Frozen Food berkongsi dengan pendengar pengalaman beliau sepanjang perjalanan dalam industri ini. Minat beliau terhadap kuih-muih dan perniagaan telah menanamkan sikap optimistik yang membolehkan beliau masuk ke bidang ini dengan minda yang terbuka. Sebelum menjadi penggeluar produk, beliau juga pernah menjadi pengedar dan membuka kedai. Namun begitu, kini beliau tumpu kepada kilang pembuatan supaya boleh menambahbaik dan menjaga kualiti produk beliau. Selain itu, beliau mempunyai pelbagai tips dan cerita yang telah dikongsi yang pastinya peniaga lain pernah dirasai oleh para peniaga lain.

Isi Utama

Encik Shahidin memulakan perkongsian dengan bercerita tentang perjalanan beliau untuk mengusahakan sebuah kilang makanan sejuk beku. Selepas tamat perkhidmatan sebagai seorang tentera, beliau menceburkan diri ke bidang perniagaan dengan menjadi pengedar. Kemudian beliau menceritakan tentang tawaran yang menyebabkan beliau mempunyai kilang pembuatan produk. Encik Shahidin juga menyenaraikan produk-produk Cik Din Frozen Food yang ditawarkan di pasaran dan cara-cara beliau memasarkan produk. Selain itu, beliau berkongsi tips-tips untuk mendapat dan mengekalkan kepercayaan pembeli dan pengguna terhadap produk dan apa yang patut diutamakan. Perkara-perkara lain yang telah dikongsi adalah tips pembungkusan yang bagus, etika berniaga, proses-proses pembuatan, pilihan pelaburan, cabaran-caraban yang beliau hadapi dan solusi. Informasi yang dikongsi sangat padat dengan fakta dan maklumat untuk peniaga yang berminat menceburi bidang ini.

Fakta Menarik

“Killer product” ataupun produk terlaris Cik Din Frozen Food adalah karipap sardin yang penuh dengan inti yang lazat.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top