Bicara Ekspres,
16:55

Ep141. Bolehkah Usahawan Mengawal Ego?

25 Apr 2019

Ep 141. Bolehkah Usahawan Mengawal Ego?

Episod kali ini menampilkan Indah Rebiah bt Maripat dari Indah Marifat Enterprise. Indah Marifat Enterprise merupakan perniagaan yang menawarkan servis untuk menjahit pelbagai jenis pakaian wanita. Indah Marifat Enterprise ditubuhkan pada tahun 2016 dan pemiliknya, Indah Rebiah, merupakan bekas pelajar di GIATMARA Lembah Pantai. Lokasi kedai Indah Marifat Enterprise terletak di GIATMARA Kampung Baru di Sungai Baru.

Key Takeaways

Dalam topik kali ini, Indah berkongsi tentang perasaan ego yang dihadapi olehnya. Salah satunya ialah apabila pelanggan menghantar design kepada Indah dan Indah melihat design tersebut, tetapi semasa proses melakukan pakaian itu, Indah merasa design tersebut adalah susah. Indah menceritakan tentang faktor kegagalan dalam bisnes dari pendapatnya tersendiri dan turut berkongsi faktor utama dia pernah gagal dalam bisnes sebelum ini. Namun begitu, Indah tidak mudah putus asa dan mencari jalan untuk meningkatkan lagi perniagaannya. Dengarkan perkongsian Indah Rebiah mengenai kegagalannya serta kebangkitan semula perniagaannya dalam episod ini.

Fun Fact

Walaupun baju serumit baju pengantin mengambil masa selama 2 minggu untuk disiapkan, masih ada pelanggan yang tidak mengambil semula baju yang ditempah sehingga setahun lamanya!

 

Brought to you by

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top