Bisnes Makeover,
10:19

Ep140. Tips Menjadi Usahawan Produk Sejuk Beku

09 May 2019

Ep 140. Tips Menjadi Usahawan Produk Sejuk Beku

Makanan sejuk beku ataupun frozen food kini menjadi komoditi kepada rakyat Malaysia terutama sekali yang hidup di kota metropolitan. Ini adalah kerana kemudahan dan kelazatan yang ada pada produk sejuk beku yang berkualiti dapat menjimatkan masa, wang, dan tenaga bagi mereka yang mempunyai gaya hidup yang padat dan sibuk. Dalam episod ini, Nana berkongsi tips-tips untuk memulakan perjalanan sebagai seorang usahawan makanan sejuk beku.

Isi Utama

Nana menyenaraikan tujuh tips bagi mereka yang berminat untuk menjadi usahawan produk makanan sejuk beku tetapi tidak mempunyai latar belakang dalam bidang ini. Tips-tips yang diambil daripada Usahawan.com dan lain-lain ini sememangnya dapat membantu mereka tidak tahu bagaimana untuk memulakan perniagaan. Tips-tips yang dipecahkan kepada modal, lokasi, produk, bahan mentah, pekerja, pemasaran, dan penjualan ini diterangkan dengan lebih lanjut di dalam perkongsian ini.

Fakta Menarik

Perniagaan produk sejuk beku hanya memerlukan tiga perkakas yang utama – peti ais sejuk beku, mesin penguli, dan mesin pembungkusan.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top