Gerai Go Digital
Gerai On Digital merupakan satu pilot projek radio eFM menyokong dan membantu peniaga gerai makanan khususnya peniaga pasar malam, gerai tepi jalan dan peniaga bazar Ramadhan yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak pandemik Covid 19Melalui projek ini yang merangkumi eFM Pasar Malam Box dan eFM Bazar Ramadhan Box berkonsepkan membantu usahawan mikro ini mendapat pelanggan dan pendapatan berterusan melalui gaya pemasaran baru iaitu secara digital. Ia juga dapat membantu lebih ramai penghantar makanan menambah rezeki sepanjang PKP ini.
EP.14 PKP Jadikan Lebih Ramai Kenal Laksa Utara CT Stadium
Pada Gerai Go Digital kali ini, menampilkan Mohd Azim b Razali dari Laksa Utara CT Stadium yang pada mulanya agak terkesan diawal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Mula rasa patah semangat kerana tidak dapat berniaga seperti biasa tetapi mendapat semangat setelah ada permintaan dari pelanggan tetap.
Isi Utama
Kali ini podcast menampilkan Mohd Azim yang bersemangat menjalankan bisnes semula setelah mendapat permintaan pelanggan setia. Apa yang menariknya, pendapatan beliau tidak terjejas sepanjang PKP malah jenama Laksa Utara CT Stadium mula terkenal di sekitar USJ dan Subang Jaya berbanding sekitar Sunway sebelum PKP. Ini semua gara-gara penggunaan media sosial sebagai alat pemasaran yang betul dan tepat.
Fakta Menarik
Jika menggunakan media sosial dengan betul sebagai medium pemasaran, pasti akan menghasilkan keuntungan bukan saja dari segi pendaoatan tetapi mempromosikan jenama produk di kawasan yang lebih luas. Malah, ia sangat memberi impak selepas PKP kelak