Bawa Mulut,
44:11

Ep14. Makanan Beku Cairkan Pelanggan

21 Feb 2019

Ep 14. Makanan Beku Cairkan Pelanggan

Cik Sal ternampak Abang Rizal membeli-belah makanan sejuk beku yang banyak untuk bekalan berbanding bahan basah. Menurut Abang Rizal dan Joy, makanan sejuk beku semakin mendapat sambutan dalam kalangan bujang, masyarakat di bandar, dan mereka yang berkerjaya. Disebabkan semakin ramai yang tidak tahu cara untuk membuat kuih, makanan sejuk beku juga semakin diminati kerana mudah dimasak di samping terdapat pilihan yang banyak. Episod kali ini juga menampilkan tetamu istimewa iaitu Encik Issani Isa, pengasas instaweb.my yang mudah, jimat dan sangat berguna buat usahawan tempatan.

Isi Utama

Perkara utama dalam setiap perniagaan yang baru ialah perancangan rapi persediaan pengusaha mengikut jumlah modal yang ada. Setelah mendaftar perniagaan di SSM, lokasi yang strategi seperti murah, dekat dengan kawasan perumahan, dekat dengan jalan utama keluar masuk, dan juga kawasan yang selamat merupakan perkara utama untuk penjimatan kos. Pemilihan pekerja yang terdiri daripada ibu-ibu tunggal dan surirumah yang tinggal di kawasan berdekatan juga memberi kelebihan kepada syarikat. Abang Rizal juga mencadangkan supaya Cik Sal menyediakan senarai barang keperluan seperti mesin dan menu. Pemilihan mesin terpakai perlulah teliti dari segi kondisi mesin, harga, waranti dan caj penghantaran supaya kos dapat dijimatkan lagi. Logo perniagaan perlu bersifat universal tanpa ada halangan gender supaya sasaran agen dan pelanggan berpotensi tidak terhad kepada satu golongan sahaja. Kemudian, pemilihan menu dan strategi pemasaran perlu mengambil kira penggunaan belanja yang bersesuaian dengan modal sedia ada. Jika perlu penambahan modal, pengusaha perlu memastikan target sales bulanan dapat menampungnya kembali. Akhir sekali, pemilihan pembekal bahan mentah amat penting supaya tidak berlaku kerugian kepada syarikat. Kesemua perkara ini perlu dirancang tanpa mengetepikan panduan pensijilan halal Malaysia kerana pematuhan akta ini sangat membantu usahawan memastikan perniagaan dalam keadaan bersih, terjaga dan selamat untuk dimakan oleh pelanggan.

Fakta Menarik

Instaweb.my dibangunkan oleh anak tempatan, Issani Isa yang telah membantu ramai pengusaha dan peniaga mengembangkan perniagaan mereka menggunakan teknologi terkini dan lebih efisien.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top