Satu Daerah Satu Industri (SDSI) - Zon Selatan,
13:05

Ep14. Jenama: Sebuah Identiti dan Strategi

11 Jul 2019

Ep 14. Jenama: Sebuah Identiti dan Strategi

Pusat Pembangunan Reka Bentuk Malaysia Sdn Bhd (DDEC) merupakan sebuah anak syarikat MARA yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada usahawan-usahawan tempatan dari segi pemasaran dan pembungkusan produk. Syarikat seperti DDEC membantu para usahawan memastikan strategi pemasaran dan penjenamaan mereka mengikut piawaian yang sepatutnya, disamping mempunyai jenama yang kukuh dan menarik. Dengan senarai klien yang ternama seperti Harrods, Dunkin Donuts, SIMPLYSITI dan lain-lain, DDEC merupakan tempat yang sesuai bagi usahawan-usahawan yang baru berkecimpung dalam bidang perniagaan. Ikuti podcast ini untuk maklumat selanjutnya tentang DDEC.

Isi Utama

Encik Ahmad Taufiq memperkenalkan para pendengar kepada DDEC yang menawarkan enam jenis perkhidmatan untuk membantu para usahawan memasarkan produk mereka mengikut piawaian. Perkongsian ini padat dengan informasi berguna dalam pembungkusan produk selain penjenamaan yang berjaya. Pembungkusan dan penjenamaan yang dilakukan tanpa kaji selidik boleh menyebabkan pelbagai masalah kepada usahawan. Masalah-masalah yang datang daripada perkara-perkara yang disangka remeh dan cara untuk mengelaknya juga dikongsikan dengan terperinci. Selain itu, Encik Taufiq juga menceritakan tentang kejayaan DDEC di mana sejak tertubuhnya syarikat tersebut pada tahun 2007, mereka telah bekerja dengan pelbagai syarikat besar yang dinamakan di dalam episod ini. Antara topik menarik yang dibincangkan adalah contoh-contoh jenama yang berjaya dan apa yang perlu dipelajari daripada mereka dan contoh-contoh jenama yang menjadi berjaya dengan bantuan DDEC.

Fakta Menarik

Pelbagai masalah boleh timbul jika usahawan leka dan cuai dalam memasarkan produk, walaupun perkara itu tampak remeh. Sebagai contoh, para usahawan patut mengelakkan penggunaan kata nama am di dalam penjenamaan kerana kata nama am tidak boleh dijadikan tanda dagangan.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top