Bisnes Makeover,
15:20

Ep139. e-Usahawan: Usahawan Wanita semakin Memonopoli Ekonomi.

09 May 2019

Ep 139. e-Usahawan: Usahawan Wanita semakin Memonopoli Ekonomi.

Dalam Segmen Jom Share, Nana menemubual Puan Sharifah Nor Izmah atau dikenali sebagai Kak Pah. Kak Pah merupakan Pengurus Kanan Jabatan Keusahawan Digital di Mdec. MDEC ialah Malaysia Digital Economy Corporation diberi mandat pada tahun 2011. Peranan Mdec secara umum ialah mewujudkan ekonomi berpendapatan tinggi berasaskan teknologi. Salah satu agenda Mdec ialah menerajui peningkatan ekonomi digital dengan memperkenalkan e-usahawan.

Isi Utama

Berbincang tentang isu yang dihadapi oleh Zeti, pemilik Delish Chocolate, Kak Pah berkongsi tentang e-usahawan yang dilakukan oleh MDEC. Terdapat dua jenis pembelajaran yang boleh digunapakai oleh Zeti dan usahawan lain iaitu face to face dan belajar secara atas talian. Menerusi program ini, terdapat empat perkara yang ditekankan iaitu penekanan produk melalui SEO, saluran pemasaran melalui Facebook dan Instagram, penceritaan dalam bahasa iklan melalui copywrting dan juga kaedah untuk memuktamadkan jualan. Dalam perkongssian ini, Kak Pah berkongsi tips untuk usahawan. Antaranya ialah target market yang tepat yang digabungkan dengan copywriting yang meletup, memasuki produk dalam bentuk video, menggunakan google ads dan google mybusiness. Kak Pah juga berkongsi pendapat tentang kuasa viral di media sosial.

Fakta Menarik

Terdapat 60% usahawan wanita daripada 270000 pelatih yang dilatih oleh MDEC

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top