Bisnes Makeover,
24:39

Ep138. Tateh: Dari Masalah Wujud Peluang Pekerjaan.

09 May 2019

Ep 138. Tateh: Dari Masalah Wujud Peluang Pekerjaan.

Bisnes Makeover menjemput Puan Siti Shura, pengasas kepada Baby Mama Trading. Baby Mama Trading dan juga Tateh, salah satu jenama kepada Baby Mama Trading. Tateh ditubuhkan pada tahun 2012 dan telah beroperasi selama 7 tahun. Kini, Tateh mempunyai 17 cawangan, 2000 produk dan 30000 sahabat Tateh. Terdapat 5 benda utama dalam Tateh iaitu peyusuan, baby carrier, makanan bayi, car seat untuk bayi, dan berpantang. Butik pertama Tateh ialah di Bangi. Tateh juga menawarkan pekerjaan seperti konsultan. Namun begitu, sebelum menjadi konsultan kepada Tateh, seseorang itu perlu menjalani kursus selama 6 bulan.

Isi Utama

Sebelum membuka perniagaan Tateh, Puan Siti Shura telah berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak 10 tahun yang lepas dengan pelbahgai jenis perniagaan. Puan Siti Shura memberi penekanan kepada identiti sesebuah perniagaan. Sebagai seorang usahawan wanita yang berjaya, Puan Siti Shura juga menekankan tentang ilmu pengurusan kewangan. Selain itu, Puan Siti Shura juga berkongsi tentang bagaimana untuk menghadapi cabaran seperti berhadapan dengan orang yang dengki dengan perniagaaan. Puan Siti Shura berkongsi bagaimana cara jika usahawan ingin menjadi sebahagian daripada Tateh dengan menjadi pemilik kedai Tateh.

Fakta Menarik

Sebelum menjadi konsultan tetap, seseorang itu perlu menghabiskan silibus dan ujian selama 6 bulan dalam bahagian berpantang, makanan bayi, breastfeeding, car sear bayi dan baby carrier.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top