Bisnes Makeover,
23:32

Ep137. Usahawan Lelaki dan Wanita: Saling Bergantung

09 May 2019

Ep 137. Usahawan Lelaki dan Wanita: Saling Bergantung

Bicara Makeover menemubual Ketua Pegawai Eksekutif Serunai Commerce dan Pengasas Global Halal Data Pool, Verify Halal, Amnah Shaari. Serunai Commerce diwujudkan pada tahun 2009. Serunai Commerce merupakan syarikat yang menawarkan halal certificate kepada peringkat antarabangsa dan tujuannya ialah untuk memperkembangkan halal JAKIM ke serata dunia.. Serunai Commerce menjadi orang tengah kepada JAKIM untuk peringkat antarabangsa kerana JAKIM tidak mempunyai pejabat di luar negara. Serunai mempunyai data, apps dan halal certification.

Isi Utama

Dalam episode ini, Amnah Shaari berkongsi tentang langkah-langkah persiapan yang harus dilakukan oleh usahawan yang mempunyai cita-cita besar tetapi perjalanan masih jauh. Antara langkah yang dikongsi oleh beliau ialah agensi-agensi yang boleh membantu usahawan seperti SME corp, PUNB, Matrede dan MTDC. Membincangkan tentang langkah usahawan wanita untuk berdaya saing dalam perniagaan, Amnah Shaari percaya ‘Allah created woman and man in their special way and we rely on each other’. Sebagai usahawan, wanita tidak boleh berfikiran negatif. Amnah Shaari juga berkongsi tentang OEM untuk usahawan yang masih baru dan tidak mempunyai kilang.

Fakta Menarik

Jakim mempunyai 75 partner di luar negara dan Jakim tidak mengenakan apa-apa bayaran. Logo Jakim dikenali di 240 negara.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top