Bisnes Makeover,
30:13

Ep136. Wanita Menjana Ekonomi Rumah dan Negara

09 May 2019

Ep 136. Wanita Menjana Ekonomi Rumah dan Negara

Untuk membantu menyelesaikan masalah dan cabaran yang dihadapi oleh Zeti, Bisnes Makeover menjemput Puan Nur Syidah atau mesra dikenali sebagai Puan Syidah. Puan Syidah merupakan pemilik kepada LC syarikat. LC atau Love Connection syarikat merupakan perniagaan yang menjual produk ibu berpantang. Love Connection ditubuhkan pada tahun 2014 namun aktif secara penuh pada tahun 2008.

Isi Utama

Puan Syidah yang telah berkecimpung dalam dunia perniagaan selama 19 tahun berkongsi tentang pandangan dan pendapat beliau tentang faktor utama wania menceburi bidang perniagaan. Love Connection bukan saja menawarkan produk untuk ibu berpantang malah menawarkan servise mengajar dan berkongsi ilmu tentang perniagaan. Semestinya, setiap perniagaan tidak kira kecil atau besar akan mempunyai persaingan, Puan Syidah berkongsi tentang strategi pemasaran yang boleh diaplikasikan oleh Zeti dan usahawan lain untuk bersaing dengan perniagaan lain. Antaranya ialah usahawan perlulah pergi ke agensi-agensi yang bersesuaian seperti Mardi dan Matrade.Selain itu, Puan Syidah juga berkongsi tentang persiapan syarikat atau perniagaan kepada usahawan. Menurut Puan Syidah, usahawan perlu bijak menguruskan kewangan.

Fakta Menarik

Selain menawarkan Love Connection Academy untuk melatih agen-agen. Love Connection juga mempunyai kedai menjual produk makanan iaitu LC Mart.

 

Download

 

Coming soon: 01 Jan 1970

Leave a Reply

Scroll to top